Penggunaan Penanda Wacana Versi Video






video
penggunaan penanda wacana

Kepentingan Penanda Wacana


1) aspek penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan,struktur ayat,pemerenggan ,kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan atau ucapan yang baik. 

2) Dalam huraian isi, penanda wacana dan pola perlu diberikan perhatian juga.Penggunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain. 
 
3) Tegasnya, penanda wacana menyempurnakan tautan isi-isi di dalam ucapan atau esei.

    Contoh-Contoh penggunaan penanda wacana


    pembahagian penanda wacana di dalam karangan atau ucapan

    1) Bahagian Pendahuluan
    Contoh:
    •     Dalam alaf moden ini,penggunaan komputer menjadi satu dalam kehidupan manusia.
    •     Sejak akhir-akhir ini keruntuhan moral dalam kalangan remaja menjadi isu hangat diperkatakan.


    2) Bahagian Isi
    Contoh:
    •     Walaupun begitu,masih banyak yang tidak menginsafi masalah yang berlaku.
    •     Langkah lain yang boleh diambil termasuklah....


    3) Bahagian Kesimpulan
    Contoh:
    •     Tegasnya,banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala sosial .Oleh itu....
    •         Akhir kata sambutlah salam anakanda dari kejauhan dan semoga ayahanda.....

    Definisi Penanda Wacana

    Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.




    wacana:
    1. Bersinonim dengan ucapan: percakapan,pertuturan,perkataan.

    2. Dalam konteks pemikiran bersinonim dengan pidato,khutbah,ceramah,syarahan surat,artikel,novel,cerpen.